Tuesday, November 3, 2009

Dr Mohd Asri : "Kalau Betul Palsu"

Oleh : Dr Mohd Rosdi Ismail

Dalam banyak-banyak isu yang menyinggung Dr Mohd Asri, saya agak tertarik dengan kenyataan berani yang dibuat oleh Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zain AlGhari bahawa berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Mohd. Asri sewaktu beliau belajar di Universiti Jordan adalah dalam Bahasa Arab dan Sastera dan bukannya Syariah Islamiah.

Apa yang ingin ditonjolkan di sini ialah sijil itu "kalau betul palsu" atau agak lebih tepat "kalau tidak bertepatan dengan bidang pengkhususan yang ditawarkan oleh universiti tersebut" sekalipun, saya melihat PENGUASAAN BAHASA ARAB yang ada pada diri beliau telah memungkin dirinya untuk berada di persada Negara dalam menghurai isu-isu yang beliau ketengahkan.

Oleh itu, "kalau betul palsu", isu ini adalah bukti terkukuh (sehingga 4 Oktober 2009) untuk menunjukkan bahawa dengan menguasai Bahasa Arab seseorang itu akan dapat menyelongkar ilmu-ilmu Islam dalam apa jua bidang sekalipun. Apa lagi kalau dalam masa yang sama dia juga menguasai Bahasa Inggeris dan teknologi ICT. Namun, itu tidak bermakna beliau sudah benar-benar ahli dan arif, kecuali dalam bidang pengkhususannya. Maksud saya, beliau sudah mempunyai kemampuan untuk meneroka dan menyelidik secara lebih dalam.

Melalui tulisan-tulisan beliau yang pernah dibaca, saya dapati beliau telah berjaya memanfaatkan elemen-elemen tersebut untuk di lontar sehingga mendapat sambutan daripada sesetengah pihak. Begitu juga sebaliknya, "kuasa bahasa" beliau juga pernah menyinggung mereka yang tidak sealiran dengan beliau.

Oleh itu, di sini saya ingin mengajak sesiapa yang TAK PERNAH BERNIAT untuk mempelajari BA atau RASA MENYAMPAH dengan BA agar merenung isu ini secara insaf. Marilah kita kembali kepada BAHASA ISLAM ini. Kami, di ALC Arabic Language & Consultancy http://www.arabic.com.my/ menyediakan berbagai bentuk modul PENGAJIAN BAHASA ARAB MIKRO untuk semua peringkat demi membantu umat Islam "mengemudi bahtera minda" melalui "minda tajdid" seperti yang diwarwarkan oleh Dr. Mohd Asri di laman ini.

Menarik juga apabila Dr Mohd. Asri terus mempamerkan nashkah Ijazah Sarjana Muda beliau di laman beliau itu. Ia umpama suatu peristiharan berani dan telus. Namun itu belum cukup terbukti dan kuat. Selain membuat semakan dengan universiti yang mengeluarkan sijil tersebut, untuk lebih telus lagi, naskhah asal sijil tersebut boleh diberi kepada pakar linguistik forensik untuk dinilai secara keasliannya. Mereka akan melihat dari sudut bentuk dan saiz tulisan (font), gaya tulisan dan kesan tekanan, tahap ketebalan dakwat yang ditulis, susun atur muka (layout), gaya bahasa, penggunaan simbol-simbol kaligrafi, mutu kertas dan pelbagai aspek yang berkaitan. Jika anda seorang pakar dalam bidang khat atau kaligrafi Arab, anda mungkin salah seorang yang boleh memberi pandangan tentang perkara ini.

Namun, tentunya Dr Mohd Asri tidak gentar jika naskhah sijil tersebut benar-benar asli.

Sekian terima kasih
Nilam Puri, Kota Bharu.

No comments:

Post a Comment