Sekarang musim hujan. Bunyi rintis-rintis hentaman air menjadi irama baru untuk musim baru yang sementara. Payung mendung sepanjang masa, hujan lebat berkala tiba. Jika waktu panas, rungutan rimas melekit kan selalu dikata, tapi kini - jemuran basah menjadi bual dan rungut bicara.
Seminggu yang lepas, Aku bertemu seorang sahabat di Kuala Lumpur. Sama-sama menghadiri seminar. Sebaik tamat seminar yang membual tentang trend hadapan dunia IT dan ekonomi dunia, kami menyambung bual bicara kosong yang asyik berisi cerita.
Kuala Lumpur juga hujan lebat. Jalan-jalan basah dan bunyi-bunyi percikkan air pada tayar kenderaan, enak menjadi halwa telinga. Kami terpaksa mengguna khidmat LRT walau untuk ke destinasi dekat, demi menikmati masa serta demi mengelak basah hujan yang terus bertaut menimpa-nimpa.
Jenama. Itu tajuk bualan kami. Segala-galanya bermula pabila sahabat bertanya tentang dimana tempat Aku belajar bahasa, Bahasa Arab maksudnya. Kami bersandar di dinding berdiri di kaki lima. Hujan sedikit-sedikit terpercik ke kaki kami berdua. Dengan kedua tangan menyeluk poket baju sejuk, Aku membual tentang apa itu "ArabMikro" secara asasnya. Aku sedikit terganggu dengan kepul-kepul asap rokoknya yang berhembus bebas tanpa hala.
Setelah mendengarnya, sahabat Ku membalas pendek, "unik" katanya. Sememangnya unik. ArabMikro adalah kaedah atau pendekatan yang dirangka untuk menghantar pengetahuan bahasa kepada si melayu yang bercita-cita untuk menguasai kebenaran melalui kerangka Bahasa Arab. Dan ArabMikro adalah istilah penjenamaan bagi kaedah atau pendekatan tersebut.
Mungkin Cola-cola adalah contoh hebat dalam dunia pengiklanan yang berjaya dalam usaha penjenamaan. Berbillion dolar untung tahunannya, atau satu keratan besar daripada hasil pendapatan bersihnya, dibelanjakan untuk pengiklanan. Dan ia sememangnya telah terbukti berjaya. Ia telah berjaya membina jenama, jenama yang membawa entah apa inti dan isinya.
Sememangnya ArabMikro juga sedang dan telah giat membelanja keratan besar daripada pendapatan tahunannya untuk penjenamaan, tapi agak dangkal untuk menyamakannya dengan Coca-cola kerana ArabMikro bukan jenama yang gah menjadi gaya dan budaya tapi inti yang dibawanya adalah penyakit buat umat manusia.
ArabMikro berusaha dan bercita-cita untuk membina jenama, yang hanya bermatlamat untuk menarik perhatian umat melayu untuk sama-sama, meneroka sendiri khazanah kebenaran yang telah terpendam lama, yang hakikatnya adalah inti yang wajar menguasai dunia;
"Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau kerananya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, (tentulah al-Quran itulah dia)" (Q:13:31)
Hujan bersambung hujan, bicara berkongsi cerita, hari pengakhiran kan pasti tiba.
Nilam Puri, Kelantan.
Al Quds Travel Welcome You :-
ReplyDelete"FIESTA ALQUDS TRAVEL FAIR"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Tel No : 609-747 9999
Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!