Oleh : Jamaluddin Bin Awalluddin
Tidak perlu; buang masa; terlampau serta menjengkelkan. Itulah persepsi awal, yang terbang berlegar menari di langit minda Ku - terhadap Bahasa Arab - sewaktu di awal-awal usaha untuk memahami Quran. Dahulu, pada pandangan Ku, terjemahan bahasa sahaja sudah cukup buat Aku untuk sampai kepada makna wahyu yang diutus oleh Tuhan pencipta alam 1400 tahun dahulu. Apa perlu bersusah payah membazir masa mempelajari bahasa asing, yang tiada nilai ekonomi (dahulu) serta kering ilmu moden, sedangkan jalan mudah untuk memahami Quran sudah terbina? Begitulah awalnya.
Tapi kini, sewaktu sedang tersenyum mengetuk papan kekunci ini, aku sedang dalam keadaan terlempar bebas bak gumpalan kertas putih yang disepak taqdir di tepian jalanan hidup. Rakus; jitu dan dahaga bak anak kecil yang takjub dengan bahan baru, begitulah sikap terbaru Ku terhadap Bahasa ini. Makan bersamanya, berdansa ber'tango' bertemankannya, tidur mimpikannya dan bercinta merindukannya.
Aku kini di Nilam Puri, Kelantan. Dikutip oleh satu keluarga yang simpati melihat Aku dalam keadaan kotor, hodoh, melarat dan papa, selepas puas merayau mencari pengetahuan tentang Bahasa ini. Keluarga ini adalah sebahagian daripada keluarga-keluarga Melayu yang hidup berjuang untuk Bahasa ini. Seolah-olah hidup dan mati demi kelansungan Bahasa ini.
Segala-gala ini bermula setelah dunia tidur serta sejarah lampau Ku menampar hati nurani. Segala-gala ini bermula setelah berasa hampa dan kosong mempelajari inti wahyu melalui akal minda serta bank pengalaman hidup teman manusia lain. Segala-gala ini juga bermula setelah pertikaman lidah yang dramatik bersama Pak Arab di lapangan terbang Queen Alia, Jordan, untuk permohonan visa masuk - dalam keadaan "bisu" dan terpinga-pinga. Segala-galanya tercetus kerana Bahasa ini.
"Bahasa Arab Mikro", sebaris tajuk kata yang mengandungi kerangka kaedah untuk kefahaman Bahasa Arab buat peneroka-peneroka Bahasa Quran yang lahir dari hutan alam Melayu. Buat mereka yang berfikir sebagai Melayu, buat mereka yang berbudaya dengan budaya Melayu.
Merangkak dari satu kata ke satu kata, wajah makna kan perlahan-lahan terbina. Inilah yang Ku cari, dan inilah yang Ku mahukan. Memahami inti wahyu melalui kerangkanya. Quran itu wahyu yang pada awal transedental sifatnya. Tiada rupa tapi berkarakter. Turun menjunam ke dunia manusia dan merebak menakluk minda manusia melalui kerangkanya, dan Bahasa Arab ini adalah kerangkanya. Memahami kerangkanya, adalah jalan untuk mencapai maknanya.
Begitulah apa yang Ku fahami tentangnya, dan Aku akan terus cuba menerokanya. Semoga Tuhan membuka jalan dan semoga Tuhan akan membuka rahsia-rahsianya.
Nilam Puri, Kelantan.

No comments:
Post a Comment