Thursday, July 21, 2011

Ya Rab !! - Ya Rab !! - Hamza Namira - Terjemahan Lirik




Terjemahan : Dr. Mohd Rosdi Ismail

يااارب ,, يااارب

Wahai Tuhan ! Wahai Tuhan !

وَشِكِيت إِلِيْكِ الْحَال

Ku merintih perihalku pada mu
مِنْ حَمْلِ خَادْنِى وَمَال

Beban ku tanggung di pundak bahu

وَذْنُوب تِهِدِّ جْبَال

Dosa melambak menggoncang gunung

مِنْ قَلْبِى كَان غَايْب

Dari hati dah lama sendu

خَدْنِى طَرِيقِى إِلِيْك

Tunjuk daku jalan menuju mu

وَرَمِيت حُمُولِي عَلِيْك

Ku lontar pada mu beban di bahu

بَهْرَبْ مِنْ نَفْسِى لِيك
Ku jauhi diriku demi mendekati mu

وَالْقَلْبِ لِيك تَايْب

Hatiku kembali ingin bertemu

دَقِّيْتُ بِشُوق بَابَك
Penuh rindu ku ketuk pintu mu

وَبَكِيت عَلَى اعْتَابَك
Walau ku menangis dek murka Mu

مُسْتَنِّي لِجَوَابَك

Tetap ku tunggu jawapan dari Mu

مَا تُرُدِّنِيش خَايِب

Janganlah kau hampakan diriku

نَعْصَى كِتِير وِنَعُود

Kami berdosa pada mu
لِطَرِيقَكِ الْمَمْدُود
tapi ingin kembali ke jalan Mu

وَلاَ عُمْرُه كَان مَسْدُود
Selamanya tetap terbentang di pintu

حَتَّى بِأَعْمَلْنَا

Sekalipun dengan dosa-dosa kami itu

وَمَابِينْ سُجُود وِرُكُوع
Dan antara sujud dan ruku

وِآذَان مَرْفُوع
Sesudah azan berlagu

بِتْسِيل فِى عَيْنِى دُمُوع
Air mataku mengalir lesu

وَطَمْعَانَه فِى الْجَنَّة

Ku dambakan syurga Mu

Sunday, July 3, 2011

BERSIH 2.0 VERSI ARAB 2

Oleh Dr. Mohd Rosdi Ismail

Pada 1 Julai 2011 yang lepas saya telah memberi cadangan agar perkataan "Bersih" diterjemah ke dalam Bahasa Arab dengan menggunakan perkataan التنظيف, namun perkataan التنزيه sebenarnya adalah lebih tepat kerana sebab-sebab berikut;-

1. Kata kerja نزه - ينزه merujuk kepada kebersihan jiwa atau hati yang menjadi punca kepada lahirnya kerja-kerja yang baik termasuklah dalam proses pilihan raya.

2- Kata Dasar التنزيه bermaksud membersihkan sesuatu daripada kekotoran.

Bagaimanapun perkataan التنظيف masih boleh dipakai kerana ia masih bermaksud menjaga sesuatu daripada dicemari oleh sebarang unsur keraguan atau apa-apa yang haram.

Sekian. Wassalam

Friday, July 1, 2011

Bersih 2.0 Versi Arab / حملة التظيف الثانية







Oleh Dr. Mohd Rosdi Ismail

Tahniah saya ucapkan kepada pencipta logo Bersih 2.0 dalam versi Arab. Ia menunjukkan kesedaran kepentingan berbahasa Arab sudah menjadi budaya dalam kehidupan jiwa anak-anak muda kita. Tahniah saya ucapkan.

Namun sebagai pengamal Bahasa Arab, saya ingin memberi bantuan demi kebaikan kita semua seperti berikut;-

1. Perkataan "Bersih 2.0" versi Melayu tersebut bermaksud "seruan, ajakan, gesaan, dorongan ke arah menuntut suatu proses pilihanraya yang dikatakan benar-benar bersih dalam negara kita".

2. Berdasarkan maksud tersebut ia perlu diterjemahkan dengan perkataan التنظيف yang mengandungi makna usaha yang bersungguh-sungguh untuk melakukan pembersihan.

3. Manakala perkataan النظافة ia hanya sekadar merujuk kepada "kebersihan" yang terhasil sesudah sesuatu proses pembersihan yang dilakukan.

4. Untuk lebih jelas, kita boleh menterjemahkan perkataan "BERSIH 2.0" dalam bentuk frasa yang lebih lengkap sebagai حملة التنظيف ز

Terima kasih